Visit InfoServe for Blogger backgrounds.



Saturday, March 13, 2010
Apa nak kata???

Erm.. ari ni, apa yang aku harapkan tidak kesampaian.. Aku terpaksa jugak handle PROD ditempat keje.. Sebab member MC beb!!!...
So far, berjalan dengan baik.. tak banyak isu.. but I know there was an issue later to bring down pipe.. ARGGGHHHH!! tak mo join bridge dah.. cukup la semlm dah sehari suntuk join bridge... Imagine what!! ari ni retak hubungan aku ngan adik aku.. aku tahu dia terasa hati tapi, aku juga turut terasa hati..
memang benar segala kata-katanya kerana dia tahu kehidupan aku sebelum ini. Namun, agak berani dia menyuarakan kata-kata pada aku.. Lantak lah... biar lah... mungkin dia masih belum sedar..
dia juga akan mempunyai perasaan yang sama seperti yang aku rasakan sekarang. Aku tidak doakan yang buruk2 padanya. Cuma aku doakan semoga peringatannya itu turut tersemat dihatinya dan dia tidak terbabas dalam hidup.

So sad because i'm failed to be a good sister to her.. Anyway, She can do anything she want and i don't want to know anything about her anymore...... (just for her lesson)


Posted at 10:14 pm by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Monday, March 08, 2010
Fedup dan tensen.... putus asa????

Erm.. even dah ader blog baru, tapi aku still nak post kat sini biler aku rasa kesedihan.
blog ni, mmg blog yang boleh dikatakan suara hati aku yang sebenar2nya.. Tanpa blog ni, aku jadi makin serabut memikirkan masalah aku sorang2.
Setelah lama isu aku diam, ari ni berbangkit lagi. Tensen mmg tensen.. Aku kene serang lagi ngan family aku.
Isu tarikh kawen.... aku mmg mls nak pk sebab masing2 tak boleh nak bagi respon yg baik.
tambah plak sebelah saner nak tunggu tarikh operate anak menakan.. aku biarkan jer.... sampai hari ni, tak der berita jugak..
hari ni beb!!!! dah masuk bulan 3 dah.. lagi 2 bulan smpai la bulan 6.. persiapan?? beli2 barang ader la sikit.. tapi, aku tak nak bising sgt..
maner tahu, bulan 6 tu tak jadi.. benda yang penting, tukang masak, baju kawen pelamin/tmpt mkn beradap, seme aku tak tempah...
orang luar dah tertanya2 kenapa masih tak tempah... kata umi aku, tempahan pelamin bagi bakal pengantin yang nak kawen bulan 12 pun dah penuh.. Inikan pulak bulan 6.
dia pun pelik, naper aku masih tak leh ader tarikh lagi... Biler pk2, hati aku kuat mengatakan, aku tak kawen kot bulan 6.
Mcm susah jer... serabut kepala aku pk.. Tapi, kalu aku kata tak jadi, mmg perang la family aku...

Ari ni, tambah plak masalah baru... sepupu aku nak kawen..sepupu dari kedah... masalah yang timbul biler mereka nak gabungkan tarikh kawen sebelah laki aku, dengan kenduri anaknyer..
sebabnyer, pk kan sanak saudara yang nak datang ke utara... kiranya sekali datang jer la...bukan tarikh yang sama, maybe selang sehari..
makin la aku serabut sebab diorg bertanya tarikh kawen aku disebelah pihak lelaki... Haru aku nak menjawab.. Aku hanya mampu jawab, "tak tahu".."tunggu tarikh operate".. mcm org bodoh plak jawapan tu...
semua persoalan aku jawab tak tahu.. aku perasan, kakak aku bengang ngan aku.. niat dia baik.. nak seme sanak saudara datang majlis aku ngan sepupu aku kat kedah.. tapi,aku tak leh buat aper..
keputusan di pihak lelaki masih tiada kata putus.. Tapi, aku terkilan biler kakak aku rumuskan, hubungan aku,perjalanan hidup aku tuk kawen ni, susah....Aku pun, tak nafikan..mmg sukar aku lalui..
Hingga kadang2 terdetik dihati aku ingin lari.. putuskan segalanya... biar la aku tak kawen andai perkahwinanku membebankan family aku... Aku sanggup dikorbankan!!!! Asal semua berpuas hati!!!!

Penat aku menangisi hidupku ini.. Dimanakah penghujungnyer dan apakah kesudahannya??? Aku ternampak si dia memberi ucapan tahniah pada kawannya yang sama2 berjuang di USM. kawen akhirnya pasangan merpati tu.. Tapi aku, masih disini..... menunggu jawapan yang tak pasti....

Kesabaran yang ku pertahankan ini, akan terhapus jua suatu hari nanti.. aku pasrah dengan ketentuan ILLAHI andai dia bukan milikku....


Posted at 01:03 am by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Friday, March 05, 2010
Mengisi masa lapang di tempat keje..

Pelik wak tajuk psot ni?? waktu kerja pun boleh ader masa lapang ker?? huhuhu..
Aper2 pun, mmg aku bosan skit ari ni.. Chatroom coolfm, tak leh join kat ofis.. ni mesti isu polisi.
bagi mengisi masa lapang, aku jenguk balik blogdrive aku nih.. mmg aku ader blog baru, tapi, yang lama takkan sesekali aku lupakan..
huhuhu... Aku baca balik aper yang aku tulis kat blog ni.. aku tersengeh sorang2 depan pc. mcm tak cayer jer aku yang tulis semua tu..
sempoi jugak aku nih.. tapi, best baca balik.. ader kenangan2 yang nak diimbau.. ader kenangan manis, pahit, masam, kelat, tawau.. semua ader la..
agaknyer, ni la gunanya blog yerk.. hahaha...

Dan, tak kusangka jugak,ader seseorang yang lain membacanya.. aku fikir, tak der orang akan baca sebab blog ni, aku tak publish kat saper2 pun kecuali dia..
tapi, aku tahu perangainyer.. tak minat nak baca blog2 nih.. cuma kali ni, aku tak tahu aper mimpinya.. hehehe..
anyways, aku tak kesah dia baca sebab dia perlu tahu segalanya tentang aku.. hehehe...

k la.. nak chow.. huhuhu.. bye2..


Posted at 01:36 am by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Sunday, January 24, 2010
Kurang sehat...

Erm.. hujung2 bulan kembali lagi.. kali ni tarikhnyer hujung bulan.. maybe dah habis bab awal bulan..

First day, mmg wat aku tak larat giler.. nak menaip ni pun, paksa diri.. biasa la.. kat sini la aku luahkan segala rasa hati..

Kecewa jugak ari ni. dalam keadaan macam ni, aku tak dapat perhatian pun.. Dulu, ader jugak jaga aku time mcm ni.. skrg, biarpun telekomunikasi ada menghubungkan kami, tapi,, aku bagaikan keseorangan.. Erm,ini la nasib aku.... Ada atau tak,sama sahaja bagiku....

I will survive ALONE!!!

Posted at 05:10 am by MaZia_HaDiFaH
Comment (1)  

Friday, January 22, 2010
Kerja.. Kerja..

Erm. tak habis2 keje.. kadang boring gak.. biler cuti lak, rasa boring jugak.. aper la nak jadi ngan aku ni.. Nak abang jer, baru tak boring kot.. banyak cantek asyik nak berkepit jerk.. mcm belangkas.. hahahaha...

Now, aku keje kat Intel balik dah selepas 6 bulan keje ngan USM. Tak tahan beb.. pressure sangat2 le kat saner.. Biler keje kat intel lak, tak tahan jugak.. tak tahan boring.. kahkahkahkah... Masalah tul..

Skrg ni aku kat shift BH. Keje ari Rabu/Khamis - Sabtu, 12jam (9pg-9mlm). Actually, kul 8.30pm dah bergerak kuar dari rumah.. bukan sebab rumah jauh atau terlampau rajin, tapi 8.50pg dah kene ambik passdown. Aku cuti hari Ahad-Selasa/Rabu.. Mmg tak sama ngan org kan.. And tak sama jugak ngan my love..

Leader aku plan untuk membuat pertukaran shift.. Aku and beberapa staff terlibat.. Dari BH-FH and FH-BH.. Sekiranya aku tukar shift, aku akan bekerja seperti berikut:-

Hari kerja :- Ahad-Selasa/Rabu
Hari cuti:- Rabu/khamis - sabtu.
Time :- 9pg-9mlm (sama jerk)

So, skrg ni otak masih berfikir... Geng2 BH tak galakkan aku pergi ke FH kerana sebab2 berikut:-
1) Aku akan terkeluar dari geng2 melayu. FH tak der melayu.Ader pun, Otai (Faridzul). Mmg kwn se'U' tapi, aku tak rapat sangat.
2) Aku terlepas banyak OT sebab banyak hari cuti jatuh pada BH shift.. (Melepas 3X pay)
3) Aku tak leh join geng2 pi naik bukit dah.
4) FH tak dak keje. susana sunyi and aku sure tak dak kawan tuk rehat.(aku dah alaminya waktu swap/ganti org)

Itu kata geng aku la.Tapi, setiap kekurangan akan ada kelebihan. Kalu aku setuju tukar, aku akan dapat seperti berikut:-
1) Lebih seronok tuk balik kg krn ganu cuti jumaat & sabtu.. leh jumpa adik2 yang duk asrama.
2) Berpeluang jumpa My love.. Ini kene pk untuk lepas kawen gak ni.. (kalu aku keje sini lagi la..)
3) Raya nanti, aku tak yah apply banyak cuti sebab dah jatuh waktu cuti..
4) Group apps FH akan jadi 4 org. so, kalu MC, tak effect sangat la.. BH tinggal 3, sorg MC, mmg byk la keje kene tanggung.

Erm.. aper lagi?? tu jer la kot.. so, mcm maner?? maner yang lebih penting?? apa keputusan aku?? Lain kali la aku pos.. Result sebelum bulan 3 nanti..

Posted at 10:40 pm by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Thursday, January 21, 2010
Rindu bertaut kembali???

Betulkah mimpi itu mainan tidur?? Atau mimpi itu boleh dikaitkan dengan kehidupan kita daripada tafsirannya?? Ntah la.. kali ni, aku rasa, mimpi memberitahu aku bahawa aku amat rindu...

Semalam aku mimpi lagi.. Aku ni, asyik mimpi jerk.. tido tak basuh kaki ker?? erm.. tapi, sebelum tido, aku dah mandi.. takkan nak basuh kaki lagi.. kihkihkih...

Semlm, aku mimpi ingin bertemunya di satu tempat (tak ingat la kat maner). Tempat tu agak jauh dan masa tu aku tinggal bersama bondaku.. Macam biasa, bila bersama bonda, kemana sahaja aku pergi, bonda tetap bersama.. Kali ni, aku mencari jalan untuk meloloskan diri.. Dia, telah memulakan perjalanannya dan aku, masih menanti rancangan untuk meloloskan diri berjaya.. Namun, semuanya hancur berkecai pabila rancanganku tidak menjadi..... Aku tidak dapat bertemu dgnnya... Sekian, terima kasih..

Hahahaha.. pk2 balik mcm mengarut jerk.. lawak pun ader.. ntah aper2 la mimpi tuh... jalan mimpi, mmg mengarut.. Tapi, kerinduanku ini adalah yang hendak disampaikan... Aku rindu padanya..

Love him so much... and miss him so much..

Posted at 05:14 pm by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Tuesday, January 19, 2010
Fedup...

Adus.. pening dah pk.. kdg2 rasa fedup pun ader.. mungkin sebab aku pk sorang2 kot.. aku tak tau nak tanya sapa dah.. tak tau nak plan mcm maner.. benda yang aku pk simple dah jadi complicated... Agak sukar nak dapat kata sepakat..

sayang.. cepat la balik.. eida perlukan sayang..

Aku dah rancang seperti yang dirancang.. tapi aku rasa akan berlaku rombakan balik. Plan nak buat bulan 6(sblh pempuan) n hujung tahun (sblh lelaki) kurang dapat sambutan dari pihak family aku.. Nikah gantung terlalu lama.. Boleh buat, tapi, sepanjang tempoh tu, aku tak boleh ke rumah lelaki.. Nak ke mcm tu.. aku pun, rasa mcm pelik.. Family aku syok kan dua2 buat bulan 6. Setuju ke family sebelah saner.. ishkkk.. pening2.. tak mo pk dah.. tensen giler............ dah la pk sowang2... uuuuuuuuwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaa.... nak cabut kepala..... malas la wat majlis mcm ni!!!!! baru rasa lega kepala ni...........

Posted at 06:53 am by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Mimpiku..

Semalam, aku mimpi lagi.. mungkinkah kerinduan yang membawa aku kepada mimpi tersebut? Rindu kepada dua insan yang kusayangi dalam hidup ku.. Dalam mimpi tersebut, aku bertemu dengannya.. YA ALLAH, mmg sudah lama aku rindu menatap wajahnyer.. Namun, dalam mimpiku, hanya samar2 wajahnya ku lihat..

Mimpi ku bermula apabila aku menceritakan kebimbangan dan kerinduanku terhadap tunangku tersayang yang jauh di perkampungan kepadanya.. Seperti biasa, kehendak anak tersayang akan dituruti. Aku dan dia bersama2 mencari tunang ku diperkampungan tersebut.. Aku berjalan seiring dengannya.. Segala penat dan payah sepanjang mengharungi hutan belantara, kami lalui bersama dengan satu matlamat, ingin bertemu dengan tunang ku.. Perjalanan kami begitu sukar. (lebih sukar dari realiti). Orang kampung turut membantu kami untuk sampai ke perkampungan dimana tunangku ditempatkan.. berkat kesabaran, aku sampai bersamanya.. Namun sesampai disitu, aku.......... kehilangannya lagi..

Aku tersedar dari lena ku.. AL-FATIHAH!

I miss u so much.. DAD.....

Posted at 01:59 am by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Monday, January 18, 2010
PBA

Husihk.. hampeh tul.. ari ni aku pi bayaq bil air.. Bil eletrik dah jimat kerajaan tanggung coz below than rm15. Biler pk nak pi pejabat pos semata2 nk bayar bil air yang rm5 tu, mmg rasa mls n rasa mcm tak berbaloi.. Tapi, since aku keje setengahhari hari ni, aku pi la jugak.. Lepas keje, terus pi bayar bil.. Mmg dah bawak bil siap2..

Lepas bayar bil, aku balik la umah. malas nak merayau time duit tak dak ni n time nak berdiet ni. hahahaha.. Sampai jer kat umah, aku ternampak surat amaran suh bayar bil aair. Mula2, aku nak wat dek jerk.. Tapi biler baca yang depa akan wat pemotongan, aku teru call. Depa cakap, sepatutnye aku kene bayar dipejabat PBA ajer n pihak pejabat pos tak patut terima bayaran aku tuh.. Tapi, aku bayar kat pejabat pos tanpa sebarang masalah pun..tu yg aku pelik.. Biler call operator PBA, diorg suh aku kepilkan bukti pembayaran kat meter air.. mcm maner aku nak wat tu?? ishk3... last2 aku amik keputusan nak pi ofisnyer.. Tapi, malu gak aku ni.. siap tanya lagi kat maner ofis tu.. hampeh!! dah duduk bertahun2, PBA pun tak tu kt maner..haha..

sampai la jugak aku kat PBA.. ala.. kat direct maybankm sebelah kedai bata.. aku tak nak rumah aku kene potong air.So, pi la jugak nak settle mslh. Aleh2 kaunter tu kata, kalu rm5 jer, takkan dipotong.. aku pun pening.. tak tahu nak ikut yang maner.. katanya just nak bukti dari customer jerk.. Yang aku hangin, aku dah penat2 pi saner, dia just cakap nak tgk customer jer mcm maner.. samada nak bayar ke tak bil tertunggak tu.. tak sangka lak aku terkene dalam eksperimen mereka.. hampeh sungguh.. BUang masa n minyak aku jer pi saner. ermm..dah la.. aku mmg ngantuk giler.. penat... tido pun sodap.. tido sat..

TaTa..

Posted at 12:58 am by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Sunday, January 17, 2010
Keje di FH

Ngantuk!! ngantuk!! boring!! boring!! Nie jer yang dapat aku ucapkan ketika bekerja di FH shift.. huhuhu...

Posted at 05:53 pm by MaZia_HaDiFaH
Make a comment  

Next Page

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Visit InfoServe for Blogger backgrounds.

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed